Berita Hari Ini

Tangguh Dulu Perjalanan Ke Rakhine

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihat menangguhkan perjalanan yang tidak perlu disegerakan ke negeri Rakhine, Myanmar susulan kejadian keganasan yang semakin memuncak, menurut Kementerian Luar.

Lapor Mstar Online dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan pada Selasa, kementerian itu berkata rakyat Malaysia yang masih berada di Myanmar pula dinasihat supaya mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu serta berwaspada dengan situasi keselamatan pada setiap masa.

“Rakyat Malaysia yang masih berada di Myanmar juga dinasihat supaya mematuhi semua peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan dan perlu berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Yangon,” menurut kenyataan itu.

Kedutaan Malaysia di Yangon boleh dihubungi di No.82, Pyidaungsu Yeiktha Road, Dagon Township, 11191 Yangon atau di talian (00) 951-220-251/(00) 951-220-230 dan e-mel: [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");