Sukan Hari Ini

Tiket Terbuka RM10 Untuk Penyokong Setia

BERITA baik kepada peminat bola apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada Ahad memutuskan memberi potongan harga untuk tiket terbuka pada perlawanan menentang PKNS FC, 27 September ini.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, penyokong bola sepak boleh mendapatkan tiket terbuka tersebut dengan harga RM10 sahaja berbanding RM16 kebiasaannya.

Menurutnya, harga tersebut hanya digunapakai pada perlawanan Liga Super  antara Kelantan melawan PKNS FC yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Rabu ini.

“Saya minta penyokong datang beramai-ramai di stadium untuk memberikan sokongan kepada pemain. Perlawanan ini sangat penting macam perlawanan akhir,” katanya kepada media.

Beliau ditemui ketika menghadiri majlis Majlis Sambutan Awal Muharram 2017 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan dengan Kerjasama Raza Premium Auto Sdn Bhd pada Ahad.

Dalam masa sama beliau juga memberitahu Kafa akan mengadakan Majlis Solat Hajat Pasukan bersama semua kelab penyokong pada 25 September ini (Isnin) di Stadium Sultan Muhammad IV.

Majlis ini akan diadakan  selepas  solat Maghrib dan beliau meminta orang ramai untuk sama-sama menyertainya.

“Semua pemain dan semua kelab penyokong akan ada. Jadi datanglah bersama-sama untuk kita doakan yang terbaik buat masa depan bola sepak Kelantan,” katanya.

Sebelum itu katanya, pada jam 4.30 petang  pihaknya akan melunaskan gaji pemain Liga Super untuk sebahagian bulan Julai dan Ogos. –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");