Perak Hari Ini

Timbalan Menteri KPDNKK Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Kebakaran Sekolah Tahfiz

SELAMA:Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Henry Sum Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar yang dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi tadi.

Jelasnya, semua pihak bersimpati terhadap kejadian berkenaan dan meminta agar keluarga mangsa kejadian bersabar dengan kejadian yang berlaku.

Beliau berkata demikian kepada media setelah menghadiri program Ziarah Kasih sempena Fiesta Larut yang berlangsung hari ini.

“Sebanyak 44 Dun Batu Kurau menerima sumbangan Program Ziarah Kasih dianjurkan sempena dengan penganjuran Fiesta Larut yang bermula hari ini sehingga Ahad ini.

“Selain menziarahi penduduk warga emas yang uzur kami turut menyampaikan sumbangan barangan rumah kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, program ziarah kasih kali ini merupakan bukti terhadap keperhatinan kepada rakyat selain peluang mendekati rakyat terutama golongan yang kurang berkemampuan.

Beliau terdahulu melawat beberapa 15 buah rumah di sekitar Dun Batu Kurau serta berkesempatan menaiki motorsikal bersama penduduk kampung Pantai Besar di sini hari ini.

“Kerajaan bertanggungjawab berpandukan dasar transformasi khusus buat masyarakat luar bandar selain membawa perubahan dan ingin mengimbangi dari segi pembangunan serta Dasar Transformasi Nasional (TN 50),” katanya.

Tegasnya lagi ia adalah satu dasar yang baik dan tidak bersifat bermusim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");