Berita Hari Ini

Umno, BN Sabah Bekerjasama Sambut Hari Malaysia

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berkata, Umno dan BN akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan persekutuan untuk memastikan sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini disambut dengan gemilang.

Musa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah berkata Umno telah meminta semua bahagian parti itu di Sabah agar menghantar wakil dan ahli masing-masing untuk sama-sama menyambut Hari Malaysia kali ini yang akan berlangsung di sini.

Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah juga berharap rakan-rakan komponen BN akan melakukan perkara yang sama bagi memastikan sambutan Hari Malaysia tahun ini meriah.

“Kita sedar bahawa pengerusi bersama sambutan Hari Malaysia tahun ini ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

“Kita juga berasa bersyukur dan gembira kerana insyaAllah yang akan datang pada sambutan berkenaan ialah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) dan tetamu kehormat Yang Dipertua Negeri Sabah (Tun Juhar Mahiruddin),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno Negeri di sini malam ini lapor Bernama.

Sementara itu, Musa berkata semua kepimpinan Umno termasuk peringkat sayap-sayap parti itu akan sentiasa dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Katanya, seluruh kepimpinan dan anggota parti perlu bekerja keras dan memastikan jentera pilihan raya parti sama ada di peringkat bahagian, pusat daerah mengundi serta cawangan-cawangan berada dalam keadaan bersiap siaga.

Menurutnya pendaftaran keahlian parti juga perlu diteruskan selain mendaftarkan ahli-ahli parti sebagai pengundi.

Mengenai serangan bertubi-tubi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap Umno, Musa berkata bekas presiden Umno itu mempunyai hak untuk memberi pandangan namun, Umno Sabah dan rakan-rakan dalam komponen BN akan terus bekerja dan turun padang menemui rakyat membawa sebanyak mungkin pembangunan untuk mereka.

“Dari awal lagi saya katakan bahawa rakyat Sabah tahu dan bijak menilai mana benar dan mana tidak benar, mana baik dan mana tidak baik…apabila kita diberi mandat kita perlu laksanakan dengan penuh dedikasi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");