Berita Hari Ini

Bajet 2018: Tambah Dana Modal Penjaja

KOTA BHARU: Seramai 2.5 juta ahli Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia berharap kerajaan memberi dana tambahan kepada mereka menerusi pembentangan Bajet 2018, pada 27 Oktober ini.

Timbalan Pengerusinya, Hussein Mohamad, berkata peruntukan itu bagi membolehkan ahli persatuan membuat modal berniaga selain membeli kelengkapan.

Pada masa sama, Hussein meminta kerajaan melonggarkan syarat pinjaman kepada peniaga, khususnya golongan muda yang ingin memulakan perniagaan.

“Kami mempunyai 2.5 juta ahli di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kita mengharapkan pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat minggu hadapan memberi khabar gembira kepada semua ahli.

“Kami mengharapkan peruntukan tambahan daripada kerajaan bagi membolehkan peniaga membuat modal dan peruntukan terbabit disalurkan terus kepada persatuan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Muda, di sini, hari ini, lapor BH Online.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Yahaya Mamat. Yang turut hadir, Yang Dipertua persatuan itu cawangan Kelantan, Abdullah Ibrahim.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, peniaga kini berdepan masalah untuk membuat pinjaman berikutan syarat yang dikenakan terlalu ketat.

“Permintaan dari institusi perbankan termasuk cagaran dan penjamin menyebabkan peniaga sukar untuk membuat pinjaman perniagaan. Justeru, kita berharap syarat berkenaan dilonggarkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");