Berita Hari Ini

Bajet 2018 Tanda Positif Pembangunan Pendidikan Tinggi

SINTOK – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melihat Bajet 2018 sebagai tanda positif terhadap pembangunan pendidikan tinggi negara.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Mary Yap Kain Ching berkata bajet yang bersifat ‘Soaring Upward’ itu akan membantu meningkatkan kecemerlangan institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia terutamanya dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D&C).

“Kita memerlukan dana untuk menjalankan kajian serta penyelidikan dan dengan peruntukan sebanyak RM400 juta ini, ia dapat memacu ekonomi negara.

“Ini juga jelas menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa memberi sokongan padu kepada ekosistem penyelidikan negara,” katanya ketika memberi reaksi berhubung Bajet 2018 yang diumumkan semalam.

Katanya, KPT juga berterima kasih dan menyambut baik peruntukan yang diberikan dalam usaha berterusan untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi negara ke arah mencapai Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Terdahulu, beliau merasmikan Karnival Bahasa Inggeris MoHE (ELCA) 2017 di Universiti Utara Malaysia yang turut dihadiri Naib Canselor UUM Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan peruntukan keseluruhan kepada KPT meningkat sebanyak 13.15 peratus daripada RM12.28 bilion pada 2017 kepada RM13.89 bilion pada 2018. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");