Isu Panas, Perak Hari Ini

Belanjawan Pembangkang Hanya Retorik – MB Zambry

MANJUNG: Belanjawan Alternatif 2018 yang diumumkan Pakatan Harapan semalam dilihat tidak lebih hanya sebagai retorik.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pembangkang yang selama ini berterusan mengkritik setiap usaha kebaikan kerajaan namun akhirnya mengakui langkah-langkah tersebut amat baik dalam memperjuangkan nasib rakyat.

“Mereka kini tahu hakikat sebenarnya serta dalam masa sama dia nak memancing dan dia juga tahu ‘hal yang dia boleh pancing’.
“Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang selama ini dikatakan tidak produktif kepada ekonomi tapi akhirnya mereka mengakui dan tetap mahu meneruskannya.
“Mereka juga kononnya nak mansuhkan tol dan menukarkan cukai GST kembali kepada SST.
“Dan mereka tahu ini adalah kesan-kesan tax (cukai) dan fiskal yang besar kepada negara.

“Bagaimana nak mengukuhkan pendapatan negara (jika semua sumber kewangan negara hendak dirombak),” katanya

Beliau juga berkata pembangkang juga dilihat masih lagi mengulangi retorik-retorik lama seperti mahu menangkap Malaysia Official Number One (MO 1) dan konononya mahu membebaskan beberapa institusi negara.

“Saya yakin bajet yang akan dibentangkan Perdana Menteri esok adalah bajet yang mementingkan (jawapan) kepada persoalan-persoalan yang dihadapai rakyat dan bersandarkan realiti ekonomi dunia.

“Pembangkang nak rakyat percaya kepada mereka dahulu dan selepas itu jika hendak tukar kembali, ketika itu mereka boleh katakan apa sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Dataran Amanjaya Lekir, dekat sini, pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid serta ADUN Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");