Perak Hari Ini

Fit Perak@Manjung Meriah!

MANJUNG: Seramai hampir dua ribu pengunjung telah menghadiri Program Fit Perak@Manjung yang berlangsung di Padang Awam Taman Samudera di sini hari ini.

Program tersebut merupakan kesinambungan daripada program Fit Malaysia dan ia telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Fit Perak@Manjung dimulakan dengan acara kemuncak Fun Ride iaitu aktiviti berjalan 10,000 langkah.

Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sekirar jam 7.30 pagi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan barisan exco kerajaan negeri.

Fit Perak@Manjung merupakan acara kemuncak yang diadakan sempena program permukiman Menteri Besar di daerah Manjung yang berlangsung bermula 24 Oktober dan berakhir pada hari ini.

Sama seperti penganjuran di daerah sebelum ini, Fit Perak@Manjung telah menampilkan beberapa aktiviti menarik sepanjang program itu berlangsung antaranya seperti karnival pendidikan,senamrobik dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Menteri Besar turut tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar dengan para pengungjung yang hadir.

Turut berlangsung acara sukan rakyat pada akhir acara Fit Perak@Manjung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");