Perak Hari Ini

‘Glamping’ Berkhemah Bawah Jutaan Bintang!

Tidur di hotel lima bintang mungkin biasa anda dengar bukan? Bagaimana dengan pengalaman tidur dibawah lima juta atau jutaan bintang?

Semua itu bakal hanya realisasikan apabila anda mengikuti perkhemahan penuh glamor yang diberi nama ‘Glamping’ hanya di Lost World Of Tambun.

Bukan hanya berkhemah, anda berpeluang berhibur di taman tema juga melakukan aktiviti lasak yang pastinya menguji ketahanan mental dan fizikal anda!

Ikuti pengalaman team Peraktoday yang berpeluang melawat sendiri dan mengikuti aktiviti menarik di Lost World Of Tambun baru-baru ini.

Taman Tema Terkenal

LOST World Of Tambun merupakan sebuah taman tema air dan juga merupakan sebuah lokasi hiburan berunsurkan kekeluargaan yang menarik di Bandaraya Ipoh.

Berkeluasan 40 ekar, berkonsepkan pengembaraan dalam taman, Lost World of Tambun pasti memberi seribu satu kenangan baru juga menarik buat pengunjungnya.

Tidak hanya semata-mata taman tema air, ia juga mempunyai tujuh taman utama yang pastinya mampu memukau para pengunjungnya di dalam dunia pengembaraan.

Ketujuh-tujuh taman ini terdiri daripada Lost Water Park, Lost World Amusement Park, Lost World Pettling Zoo, Lost World Hot Springs & Spa, Lost World Tiger Valley, Lost World Tin Valley dan juga Lost World Adventure Park yang boleh anda terokai satu persatu.

Berkhemah Dalam Serba ‘Mewah’

‘Glamping’ boleh didefinisikan sebagai “Glamorous Camping” iaitu perkhemahan gaya moden dan mewah yang menawarkan pengalaman yang selesa dan eksklusif.

Kalau dahulu, kita berkhemah dalam khemah kanvas dengan kayu atau buluh. Sekarang, khemah sudah pasang siap. Dulu tidur beralaskan lengan dan tanah rata, tapi sekarang hanya di glamping sudah tersedia katil berserta tilam dan bantal empuk dan kipas di dalam khemah.

Almari kecil, tuala, sabun, shampoo juga tempat mengecas telefon bimbit juga tersedia lengkap! Boleh dikatakan serba lengkap paling utama kita tidak perlu berperang dengan nyamuk ataupun pacat.


Pemandangan Semulajadi yang Indah

Terdapat enam khemah yang tersedia di setiap lokasi bagi penulis sendiri pemilihan khemah terapung di atas air tasik pastinya keputusan yang tepat sekali.

Anda akan dengar kicauan burung yang cukup menenangkan selain kehijauan gunung ganang sekeliling kawasan perkhemahan.

Bagi kemudahan Bilik Mandi dan Tandas juga tersedia lengkap, hanya perlu berjalan kaki lebih kurang 5 minit dari tapak Lost World glamping yang cukup bersih dan selesa.

Ruang Belajar Tentang Binatang Di ‘Petting Zoo’

Lost World of Tambun turut menyediakan sebuah mini zoo di Lost World Petting Zoo yang memberi peluang kepada pengunjung melihat lebih 100 spesis haiwan yang unik.

Antara haiwan menarik yang terdapat di sini mini zoo ini ialah seekor rakun bernama Ruby, Nia juga badak air bernama Juwita selain sekumpulan rusa yang begitu jinak untuk anda dekati.

Anda boleh memberi binatang jinak ini makan dan disentuh manja. Sungguh mencuit hati!

Moh Cuba Aktiviti Lasak & Mencabar

Para pengunjung pasti akan merasa teruja apabila mereka mencuba pelbagai aktiviti menarik di Lost World Adventure pastinya menguji ketahanan mental dan fizikal anda.

Antara yang patut anda cuba ialah Via Ferrata (aktiviti memanjat batu di bukit batu kapur) pastinya memberi kelainan dan pengalaman berbeza buat semua.

Bukan itu sahaja, anda berpeluang terbang dengan kelajuan tinggi dan digantung tali untuk menyeberangi kabel sepanjang 120 meter di atas Tasik Boga pastinya meninggalkan satu kenangan yang tidak mungkin dilupakan oleh pengunjungnya.

Para pengunjung pasti akan merasa teruja apabila mereka berpeluang mencuba pelbagai aktiviti menarik di Lost World Adventure seperti 13 High Rope Course, Para Jump, Wild Woosey serta Via Ferrata.

Jika memanjat batu terlalu ekstrem untuk anda, apa kata anda cuba aktiviti ‘flying fox’ atau Zip Line merentasi tasik. Zip Line sepanjang 120 meter ini boleh dinaiki seramai 4 orang sekali gus. Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak mencuba!

Jika anda seorang yang gemarkan sesuatu yang lebih mencabar, anda boleh cuba untuk meneroka di ‘6 Miles Tunnel’ atau terowong 6 batu. Untuk melalui terowong ini, anda perlu meredah tasik dan perlu berjalan di dalam air yang mengambil masa kira-kira 3 jam pergi dan balik.

Keletihan yang anda alami pasti terubat apabila dapat melihat sendiri keunikan batu kristal secara dekat juga pelbagai hidupan dan artifak di dalam gua.

Begitu juga dengan pendakian anak tangga 630 hingga ke pintu Gua Datok yang berusia 400 tahun sambil melihat pelbagai sejarah artifak zaman bekas perlombongan di dalamnya.

Anda boleh melihat struktur stalaktit dan stalagmit yang terdapat dalam Gua Datok atau dikenali juga sebagai Picasso Cave kerana corak di dalam gua seperti lukisan picasso.

Difahamkan di dalam Gua Datuk hari ini masih ada sebuah kerusi yang menghadap kiblat dipercayai tempat Datuk Panglima Ngah Ghafar datang berubat. Beliau hilang ketika upacara penyembuhan dilakukan oleh seorang pawang dalam sebuah balai. Ngah Ghafar digelar Datuk Hilang Di Jalan.

Turut terdapat  tempayan yang airnya tidak pernah penuh walaupun air sentiasa menitis dalam tempayan tersebut.

Menurut Eksekutif Kanan Pemasaran, Pergubungan Awam dan Komunikasi Lost World of Tambun, Nur Shaida Azwa Azhar berkata pelbagai aktiviti ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau secara individu yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

“Glamping adalah satu tarikan terbaru yang diperkenalkan pada November 2016 yang mana terdapat enam khemah dan satu khemah terapung atas air bagi pakej dua hingga empat orang.

“Bukan tidur di hotel lima bintang tetapi tidur dibawah lima juta bintang pastinya menyeronokkan,” katanya.

Jelasnya lagi kini terdapat dua pakej yang disediakan iaitu bagi pakej pertama dua dewasa dan dua kanak-kanak dan pakej kedua dua dewasa serta penambahan kemudahan lain serta tiket untuk dua hari berhibur di taman tema serta pakej sarapan pagi.

Bagi anda yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat mengenai pakej yang disediakan anda boleh melayari lawan sesawang rasmi Lost World Of Tambun atau menghubungi talian (05-5408801/02) atau [email protected] untuk tempahan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");