Jenayah

‘Henti Main iIsu Skandal, Buat Serangan Peribadi’

SHAH ALAM: Semua pihak disarankan berhenti memainkan isu berkaitan skandal yang mengaitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Aktivis pengguna, Yusuf Azmi berkata, badan kerajaan atau mana-mana individu parti politik yang mainkan isu ini mesti dihentikan segera kerana ini akan menimbulkan fitnah melampau, lapor Sinar Online.

Katanya, beliau yakin perkara sebegini berlaku sekiranya ada seseorang ingin melakukan perubahan kepada masyarakat dan negara untuk tumpaskan birokrasi dalam kerajaan.

“Semua pengguna di Malaysia harus faham sekiranya kita tidak sokong kepimpinan bawah pimpinan Tan Sri, akan lebih banyak lagi pusat perjudian, pusat hiburan dan aktiviti rasuah merebak di seluruh Malaysia,” katanya.

Tegasnya, hal ini dikhuatiri berunsur fitnah kerana mungkin ada pihak cuba guna kesempatan ini serang Dzulkifli secara peribadi.

“Khilaf seseorang manusia tiada kena mengena dengan cara mengendalikan jabatan mereka.

“Hari ini, setiap kebaikan cuba dilakukan seseorang pasti ditentang pihak tidak berpuas hati. Contohnya saya, menerima banyak fitnah tetapi akan berusaha terbaik untuk ummah,” katanya.

Yusuf berkata, isu seperti ini dibangkitkan setelah Dzulkifli berjaya menumpaskan individu terlibat rasuah.

Beliau mengulas video di YouTube memaparkan lelaki didakwa pegawai kanan SPRM dengan isteri orang di luar negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");