Berita Hari Ini

Perjalanan Terakhir Shyzlin

JOHOR BAHRU: Jenazah bekas mangsa sindiket dadah antarabangsa, Allahyarham Shyzlin Hathaman, yang meninggal dunia di Lima, Peru pada 7 Oktober lalu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, di sini, semalam.

Menurut laporan BH Online, jenazah tiba dari Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, di sini, pada jam 9 malam semalam selepas disolatkan.

Pengebumian selesai kira-kira jam 9.30 malam, turut dihadiri kira-kira 100 ahli keluarga dan masyarakat setempat.

Terdahulu, solat jenazah diimamkan oleh Imam Masjid Tun Hussein Onn, Muhammad Zubair Zulkifli.

Ibu saudara kepada Syzlin, Robiah Abdullah, 69 dan juga kakak kandungnya, Rushidah Hattaman, 57, dari Singapura juga hadir menyambut ketibaan jenazah di masjid, semalam.

Jenazah Allahyarham Shyzlin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 2.30 petang semalam menerusi penerbangan KL809 sebelum menjalani proses dokumentasi selama dua jam di KLIA.

Sementara itu, Rushidah yang ditemui berkata, beliau mengetahui mengenai kematian adik bongsunya yang tidak ditemui sejak 17 tahun lalu menerusi laporan berita TV Malaysia yang disiarkan di Singapura.

“Sejak itu, saya mula mengikuti perkembangan Syzlin menerusi YouTube dan laporan BH. Hari ini, saya ke sini bagi menatap wajahnya buat kali terakhir,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");