Perak Hari Ini

Isu Pengundi Hantu: Nga Kor Ming Masih Tak Puas Hati

IPOH:Pakatan Harapan akan membawa kesemua bukti mengenai daftar pemilih yang didakwa sebagai ‘pengundi hantu’ bagi siasatan pihak polis.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang tampil dengan bukti berkaitan dakwaan tersebut turut mendakwa pihak Barisan Nasional adalah ‘dalang’ kepada pendaftaran pengundi hantu.

Bagaimanapun apa yang dilihat, dakwaan itu seolah satu tuduhan semborono dimana Nga tanpa sebarang bukti kukuh menyatakan BN sebagai dalang.

Seperti biasa, tindakan Nga ini seperti cuba meranapkan imej BN disamping memberi gambaran buruk terhadap parti itu dikalangan rakyat.

Nga menerusi sidang media yang diadakan hari ini turut menyatakan bahawa Ketua Pembangkang Negeri Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan tampil membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut sekiranya tiadanya pemohonan maaf dari pihak BN.

Persoalannya, apakah keperluan BN meminta maaf kepada pembangkang sedangkan BN dituduh menjadi punca terhadap isu ini.

Sebagai pemimpin, Nga sepatutnya menggunakan saluran yang betul terhadap isu ini dengan mempersoalkan maklumat diterimanya daripada pihak SPR.

“Saya ingin memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab menerusi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 Seksyen 31(A) sesiapa yang mengunakan maklumat palsu dalam sistem semak pemilih sekiranya dijatuhkan hukuman Penjara tidak melebihi dua tahun dan hukuman penalti membayar denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya serta yang kedua Seksyen 177 Kanun Keseksaan sesiapa sahaja memberikan maklumat palsu kepada pengawai awam jika sabit kesalahan penjara 6 bulan atau denda sebanyak RM2,000 maka memandangkan ini satu kesalahan yang serius dalam tempoh 24 jam jika Barisan Nasional gagal mohon maaf Datuk Seri Nizar akan membuat laporan Polis bersama semua bukti,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, BN Perak telahpun menyangkal dakwaan berkenaan dan menyifatkan sebagai pemimpin DAP itu sebagai cukup gemar menyuntik wabak kebencian dikalangan rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu siri pembohongan yang dimulakan sejak awal lagi sebagai alasan awal untuk kekalahan pihak pembangkang kelak.
“Saya mengenali perwatakannya yang sering menyebut angka yang tidak betul tetapi untuk menarik perhatian dan menyakinkan orang ramai dakwaan angka itu direka dan dihebahkan itu satu sikap bahaya kerana berbohong pada diri dan mempercayai bohong itu sendiri,” katanya.

Menjelang pilihanraya umum,mungkinkah Nga sudah memulakan misi untuk menularkan virus-virus kebencian dikalangan rakyat namun adalah lebih baik jika beliau turun padang dan menjadi pemimpin lebih bertanggungjawab.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");