Berita Hari Ini

‘Itu Bajet Populis, Tiada Kredibiliti’

PUTRAJAYA: Bajet Alternatif 2018 pakatan pembangkang bersifat populis, kurang kredibiliti dan akan mengurangkan kewangan jika dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, pembangkang hanya memberi janji hebat tetapi tidak jelas dengan apa yang ingin dicapai.

“Dilihat kepada jumlah itu secara teliti, ia tidak mampu untuk dilaksanakan,” katanya dalam taklimat Bajet 2018 kepada pengarang media di Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Antara lain, bajet pembangkang bercadang menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tol, selain menaikkan royalti minyak serta memberikan pendidikan secara percuma.

Respon Najib terhadap tawaran itu: “Jadi, apa yang anda mahukan? Anda yang akan membuat pilihan.”

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pembangkang hanya tahu membuat janji seperti itu untuk mencapai matlamat tanpa melihat sama ada mampu melaksanakannya atau tidak.

“Sebagai kerajaan, apabila kita mengatakan sesuatu, kita berupaya melakukannya. Itu perbezaannya. Pemikiran pembangkang jauh berbeza daripada apa yang kita lakukan,” katanya.

Najib berkata, percanggahan dalam bajet ekonomi pembangkang berpunca daripada kekurangan kepemimpinan politik yang padu.

“Cadangan mereka tidak mempunyai kredibiliti dan tidak konsisten. Pendekatan mereka sememangnya populis dan tidak boleh disokong dari segi pendapatan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");