Isu Panas

‘Itu Ujian Dan Takdir ALLAH’

KOTA BHARU – Biarpun kerajaan DAP Pulau Pinang sering mengutuk pentadbiran Pas Kelantan yang dikatakan gagal, namun kepimpinan parti Islam itu tidak menyerang balas ketika mana Pulau Pinang diuji dengan kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, insiden yang dialami tersebut lebih disifatkan sebagai segala-galanya adalah ketentuan dan ujian dari ALLAH SWT.

“Itu takdir ALLAH SWT kita nak buat macam mana… Itu terserah kepada ALLAH SWT,” katanya kepada media semalam selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim semalam lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, DAP Pulau Pinang lantang mengkritik Kerajaan Kelantan yang dianggap gagal dalam pentadbirannya termasuk mengutuk kejadian banjir besar yang melanda negeri ini pada tahun 2014.

Dalam pada itu, Timbalan Mursyidul Am Pas itu juga turut menyifatkan kemungkinan kerajaan DAP terlalu bijak dalam melaksanakan projek pembangunan di negeri itu.

“Mentadbir ini satu amanah, tidak semua sempurna dan ada kekurangan setiap pentadbir, setiap pemerintah ada kekurangannya, jangan salahkan mana-mana pihak tetapi kita mintak supaya mana-mana kerajaan pun hendaklah sentiasa bertanggungjawab kepada rakyatnya.

“Sepatutnya kita nak laksanakan projek mesti ikut prosedur sesebuah kerajaan tempatan dan sebagainya untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini, tetapi mungkin dia berasa terlebih bijak daripada orang lain,” katanya.

Dalam kejadian runtuhan tanah di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah kira-kira jam 8.57 pagi itu telah menyebabkan 11 tertimbus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");