Perak Hari Ini

Jadi Keperluan Tingkat Penguasaan Bahasa Melayu 

IPOH:Adalah menjadi satu keperluan buat pelajar terutama bagi sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) menguasai bahasa Melayu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata bagi SJKT di seluruh negara juga penekanan diberikan kepada pengajaran Bahasa Melayu disertai dengan langkah berterusan bagi meningkatkan mutu berbahasa para murid dan pelajar.

“Ini perlu supaya pencapaian jauh lebih tinggi, kerana selepas melepasi sekolah kebangsaan dan memasuki sekolah menengah pastinya persekitaran akan berubah dan jika mereka lemah dalam berbahasa mereka akan berhadapan dengan masalah,” katanya yang ditemui di Majlis Konvokesyen ILKKM Zon Semenanjung di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Pengarah Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid di sekolah SJKC dapat ditingkatkan untuk terus memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Perdana Menteri berkata, penguasaan dalam bahasa kebangsaan penting kerana ia merupakan medium komunikasi untuk mempromosikan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia dalam Sesi Townhall Persidangan Belia Cina Malaysia 2017 di Wisma Huazong, Seri Kembangan pada 22 Oktober lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");