Perak Hari Ini

Sektor Swasta Digalak Hantar Kakitangan Dapatkan Latihan Di Institut Latihan Bawah Kementerian

IPOH:Menteri Kesihatan mengalakkan agar sektor swasta turut menghantar kakitangan kesihatan mereka bagi menerima latihan dalam pelbagai bidang yang disediakan oleh 33 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) yang dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan.

Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata ia berikutan kolej tersebut masing-masing memiliki kapasiti dan tenaga pengajar yang mahir serta berpengalaman.

“Apabila adanya kerjasama di antara kerajaan dan swasta pastinya dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan semua peringkat,” katanya dalam satu sidang media sejurus menghadiri Majlis Konvokesyen ILKKM Zon Semenanjung hari ini.

Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan diploma kepada lebih 500 graduan daripada 33 kolej latihan ILKKM dalam pelbagai bidang kesihatan seluruh negara.

Jelasnya lagi, pihak kementerian masih memerlukan kakitangan yang mempunyai kepakaran dalam bidang antaranya seperti unit rawatan rapi,unit jagaan bayi (neonatal) dan unit Onkologi turut termasuk kakitangan daripada pihak swasta.

Sementara itu beliau turut memberi saranan agar orang awam diminta mengurangkan aktiviti luar pada musim cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini sekaligus mengelakkan risiko terkena strok haba.

Bagaimanapun katanya setakat ini keadaan masih terkawal dan orang ramai yang tidak sihat serta mempunyai gejala seperti pitam dan demam perlu mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran.

“Perlu bijak mengelakkan aktiviti luar jika mendapati suhu di luar tinggi dan minum air dengan kuantiti yang banyak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");