Berita Hari Ini

Malaysia Bina ‘Field Hospital’ Bantu Pelarian Rohingya Di Bangladesh

DHAKA: Malaysia akan membina sebuah field hospital (unit perubatan bergerak) di Teknaf bagi menyediakan bantuan perubatan kepada 300,000 pelarian Rohingya yang meninggalkan negeri Rakhine di Myanmar untuk mendapatkan perlindungan di Bangladesh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan perkara itu pada taklmat media selepas menemui Menteri Luar, Mahmood Ali semalam.

“Kami akan membina sebuah hospital dalam masa dua hingga tiga bulan untuk 300,000 pelarian Rohingya yang mendapat perlindungan di Bangladesh,” katanya seperi dilapor akhbar, Dhaka Tribune, oleh Malaysia Gazette

Tambah beliau, Malaysia juga akan mendapatkan sokongan daripada negara-negara ASEAN bagi menyelesaikan krisis Rohingya yang masih berlanjutan.

Terdahulu Mahmood membeli taklimat mengenai kesukaran yang dihadapi negaranya berikutan kemasukan lebih 500,000 pelarian Rohingya sejak akhir Ogos lalu.

Katanya, kini Bangladesh memberi perlindungan kepada 900,000 pelarian warga Myanmar dan daripada jumlah itu kira-kira 540,000 orang mendapat perlindungan di negara tersebut selepas 25 Ogos lalu apabila pihak keselamatan Myanmar melancarkan serbuan susulan serangan militan ke atas pondok polis dan sebuah pengkalan tentera di Rakhine.

Menteri Luar itu menyatakan tentera Myanmar dengan sokongan etnik bersenjata Rakhine melakukan keganasan secara sistematik dan terancang terhadap etnik Rohingya bagi mengurangkan bilangan dan menghalang kepulangan mereka.

Mahmood menambah, Bangladesh memberi perlindungan kepada etnik Rohingya untuk sementara waktu atas dasar kemanusiaan dan mereka perlu pulang ke negara asal di Rakhine.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");