Perak Hari Ini

Paparan Daulat Tuanku Atas Jalan Raya, Kesan Pantulan Dari Cahaya Semulajadi- MBI

IPOH:Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyifatkan paparan perkataan Daultan Tuanku yang menghasilkan bayang-bayang perkataan berkenaan di beberapa jalan utama di sekitar bandaraya hanya imbasan daripada pantulan cahaya matahari yang terbentuk secara semulajadi.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata tidak timbul isu bahawa pantulan itu dipijak oleh manusia kerana sifat bayang akan timbul diatas objek.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pengerusi Pusat Khidmat dan Aduan Rakyat 1 Malaysia NGO’s Negeri Perak, Matthew Purushothaman yang meminta langkah diambil supaya bayang-bayang perkataan Daulat Tuanku itu tidak lagi terpapar di atas jalanraya.

“Bayang timbul terimbas daripada cahaya yang timbul daripada pelbagai sumber contohnya daripada cahaya pantulan dicipta oleh manusia daripada lampu membentuk bayangan seperti wayang kulit malah ia boleh timbul dari sumber eletrik dan paling utama daripada bayang matahari iaitu semulajadi berlaku.

“Namun dakwaan bayangan itu terus atas jalan jika ada objek yang lalu bayang akan berada di atas objek tersebut jadi dakwaan kita memijak perkataan itu adalah tidak betul kerana bayang akan berada di atas objek yang melaluinya,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Terdahulu badan bukan kerajaan (NGO) itu meminta tindakan diambil kerana ayat berkenaan tidak sepatutnya berada di atas jalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");