Isu Panas

Pas Gesa Bahas RUU355 Dibahas Kali Ini

SHAH ALAM – Pas menggesa perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 dibenarkan dan diteruskan dalam sidang Parlimen bermula 23 Oktober hingga 30 November depan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, adalah tidak wajar perbahasan yang telah bermula dengan pembentangan oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hasi Awang dihentikan atas apa alasan sekalipun.

“Perbahasan harus diteruskan sehingga akhir mengikut prosedurnya walaupun tidak boleh disempurnakan pada sesi Parlimen kali ini.

“Ini seumpama kes Mahkamah yang telah bermula perbicaraan tidak akan dihentikan sehinggalah ia berakhir dengan keputusan oleh Hakim, bezanya Parlimen akan ditentukan melalui pengundian ahli Parlimen,” katanya dalam kenyataan, pada Khamis lapor Sinar Harian.

Menurutnya lagi, langkah segera meminda Akta 355 amat penting kerana ia berkaitan dengan menaikkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terpakai hanya kepada orang Islam sahaja yang kini memiliki bidang kuasa yang amat rendah sekali.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menangguhkan sidang Parlimen pada penggal lalu pada 6 April lepas.

Keputusan tersebut dibuat sebelum usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibahaskan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");