Isu Panas

‘Pas Tak Mahu Buang Masa Dengan Mahfuz’

KUALA LUMPUR: Pas belum memecat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana parti itu mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap PRU14.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada keperluan buat parti itu menumpukan terhadap Mahfuz malah menganggapnya sebagai ‘buang masa’.

“Kami tidak mahu buang masa memikirkan dia.

“Lebih baik kita beri perhatian kepada PRU14 yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa,” katanya seperti dipetik sebuah portal.

Kelmarin, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Mahfuz tidak tersenarai sebagai calon PRU14 bagi kerusi Parlimen Pokok Sena selain memintanya menggunakan platform lain untuk bertanding.

“Terpulang kepadanya dan Pas akan letakkan calon Pas sendiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, Mahfuz masih boleh berada dalam Pas.

“Dia boleh ada dalam Pas selagi dia mahu sehingga Pas ambil tindakan terhadapnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");