Jenayah

Pegawai Ditahan Dipercayai Seleweng Barangan Gadaian

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang pegawai sebuah institusi kewangan tempatan, Khamis lepas, dipercayai menyeleweng barangan gadaian emas pelanggan melibatkan anggaran kerugian RM3.46 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, lelaki berumur 28 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam di sekitar bandar raya ini susulan laporan polis diterima pada jam 10.23 malam, hari yang sama.

“Hasil siasatan terhadap laporan diterima, polis berjaya menahan lelaki itu yang dipercayai melakukan kesalahan jenayah pecah amanah berkenaan.

“Polis kemudian berjaya menemui semula dan merampas barang kemas bernilai RM2 juta yang digadai oleh lelaki itu di premis-premis pajak gadai dan institusi kewangan di sekitarJohor Bahru dan Melaka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin lapor Bernama.

Mohd Khalil berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan suspek akan dituduh di Mahkamah Johor Bahru, esok.

Sehubungan itu, polis menasihati institusi kewangan dan syarikat supaya membuat pemeriksaan lebih ketat terhadap pekerja mereka terutama yang melibatkan transaksi kewangan dan barangan berharga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");