Jenayah

Penjara Suku Abad Kerana Sumbang Mahram Dengan Anak Saudara

ALOR SETAR: Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 25 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan sumbang mahram terhadap anak saudaranya berusia 17 tahun lima bulan, awal bulan ini.

Hakim Azman Abu Hassan membuat keputusan itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh berusia 30 tahun selepas dua kertas pertuduhan dibacakan.

Dalam penghakimannya, tertuduh sepatutnya bertanggungjawab menjaga mangsa yang juga seorang anak yatim piatu, sebaliknya melakukan seksual fizikal dan memperkosa mangsa.

Menurut laporan BH Online, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun lima bulan di sebuah rumah di Kampung Kelubi, Mukim Air Hangat, Langkawi pada 13 Oktober lalu, kira-kira jam 2 pagi.

Dia dituduh mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama dan dibaca serentak Seksyen 16(2)(a) akta sama.

Mengikut Seksyen 14 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16 (2)(a) pula, membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh melakukan sumbang mahram terhadap mangsa pada 7 Oktober lalu di tempat sama, jam 11.15 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama dan penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan kedua.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela diperintah menjalani hukuman secara berasingan bagi kedua-dua pertuduhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");