Perak Hari Ini

Perak-JDT, Jangan Hampakan Rakyat, Penyokong Perak- DS Zambry

IPOH:”Rakyat negeri Perak meletakkan harapan yang paling tinggi kepada mereka, saya mahu mereka bermain bersungguh-sungguh dan baik, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengenai perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, Perak menentang Johor DT (Johor Darul Ta’zim) Ahad ini.

Ujarnya, pemain disaran supaya tidak bermain dalam keadaan yang tertekan seharusnya dan menunjukkan aksi kemahiran tersendiri serta bersungguh-sungguh bagi memberi kemenangan kepada negeri ini.

“Ini adalah harapan rakyat Negeri Perak, kita dapat saksikan kunjungan rakyat membeli tiket perlawanan saya faham kesukaran dihadapi mereka terpaksa berpusu-pusu datang ke stadium dan itu menggambarkan semangat berkobar-kobar dikalangan peminat dan penyokong Perak.

“Saya mendoakan agar mereka berjaya pada malam esok,” katanya kepada media hari ini.

Beliau turut menasihati para penyokong supaya turun beramai-ramai memberikan sokongan kepada pasukan Negeri Perak disamping menjaga tata-susila dan displin sebagai rakyat dan penyokong pasukan.

“Kita tunjukkan bahawa bermain bola sepak di Stadium semua yang datang menyaksikan perlawanan datang dari Perak atau luar datang menyokong berada dalam keadaan selamat.

“Kita tunjukkan cara Negeri Perak melayan tetamu dan sesama kita jadi jaga tata-susila,” katanya.

Para penyokong juga dinasihati supaya tidak melayan sebarang provokasi yang dilontarkan mana-mana pihak kerana yang paling penting tumpuan sokongan tidak berbelah bagi kepada pasukan Perak.

Ditanya ramalan kejayaan Ahad nanti, jelas Zambry pastinya beliau mengharapkan Perak berjaya beroleh kemenangan dengan skor tertinggi lebih dari dua gol.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");