Perak Hari Ini

Tular Twitter Hina Sultan Perak, TBG MOBS Buat Laporan Polis

IPOH:Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak (TBG MOBS) tampil membuat satu laporan Polis berkaitan satu akaun Twitter yang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Perak.

Katanya, akaun Twitter tersebut dikatakan telah memuat naik satu kenyataan berbunyi “Sultan Perak pun Bodoh” itu telah menjadi tular melalui laman sesawang juga aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Presiden Persatuan Penyokong Bola Sepak Perak (TBG MOBS), Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi berkata kenyataan bersifat penghinaan itu menyebabkan ramai pihak terkejut dan berasa marah.

“Kita tidak menyangka masih terdapat individu yang bertindak sedemikian dan laporan kepada pihak Polis perlu kerana dia telah menghina dan mencabul institusi kesultanan raja-raja,” katanya kepada media sejurus selepas membuat laporan Polis di Balai Polis Sungai Senam di sini hari ini.

Terdahulu,turut serta kelab bola sepak Anak Rantau, Kelab Yellow Mobs yang turut tampil membuat laporan Polis kali ini.

“Kita meminta agar pihak polis dapat menangkap individu ini dan membuat siasatan mengenainya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");