Berita Hari Ini

Permit Pesta Arak Di Selangor Ditarik – MPK

SHAH ALAM – Selepas gagal dianjurkan di ibu negara, umat Islam di Selangor akhirnya mampu menarik nafas lega apabila pesta arak tahunan di negeri itu juga dilaporkan terpaksa dibatalkan.

Ia sekali gus menjadi tamparan hebat kepada pihak Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (atau Pakatan Rakyat) yang sebelum itu dilihat tidak begitu serius dalam halang penganjuran pesta minuman keras tersebut.

Malah salah seorang exco kerajaan negeri dilaporkan mengumumkan pesta itu boleh diteruskan setelah ditukar nama kepada Festival Makanan dan Minuman Jerman tetapi masih menghidangkan ratusan jenama arak popular.

Bagaimanapun langkah penganjur itu berjaya ‘dihidu’ pihak berkuasa apabila Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan menarik balik surat sokongan diberi kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan negeri, Datuk Teng Chang Kim mendakwa penganjur sudah dapat kebenaran pihak MPK dan polis.

Pemimpin DAP Selangor itu mendakwa konon polis membenarkan acara di Centro Mall pada 12 dan 13 Oktober ini atas permohonan lesen hiburan (pertunjukan wayang/ karaoke/pentas/ lounge) dan bukan pesta arak Oktoberfest.

Terbaharu Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin pada hari ini mengesahkan secara rasmi bahawa pihaknya tidak ada mengeluarkan sebarang permit kepada penganjur untuk mengadakan acara festival tersebut.

Ia selepas penganjurnya, Centro Properties Group Sdn. Bhd. gagal memenuhi syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu termasuk mewajibkan dapat penilaian serta kelulusan daripada pihak polis terlebih dahulu.

“Penganjur tidak mendapat kelulusan daripada polis. Oleh itu kita (MPK) tidak boleh mengeluarkan apa-apa permit kerana penganjur tidak memenuhi syarat yang ditetapkan,” kata Mohamad Yasid kepada sebuah akhbar tempatan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan tidak membenarkan penganjuran Centro Mall German Food & Beverages Festival ekoran wujudnya ancaman militan berkaitan dengan acara tersebut.

Menurutnya, arahan itu bukan dibuat sewenang-wenangnya kerana pihaknya tidak sesekali bertoleransi terhadap mana-mana ancaman keganasan di negara ini seperti berlaku di luar negara. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");