Isu Panas

Rafizi Tidur 3 Bulan, Isu Hotel Sudah Disiasat SPRM

ISKANDAR PUTERI – Pendedahan berkenaan isu pemilikan Grand Plaza Serviced Apartments di London oleh Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disifatkan sebagai ketinggalan zaman dan hanya untuk disensasikan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad berkata, ia berikutan proses jual beli seperti yang didedahkan itu sudah pun berada di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, tidak berlaku sebarang ketirisan  berhubung perkara itu memandangkan individu yang bertanggungjawab telah disyaki terlibat telah pun ditahan selain siasatan sedang dijalankan.

“Bukan perkara baru, sebenarnya dia (Rafizi) bukan tidak tidur selama 48 jam tetap baru bangun tidur lepas tiga bulan, orang yang dipercayai terbabit telah ditahan dan siasatan sedang dibuat.

“Kalau betul ada perkara yang tidak sesuai (menyalahi undang-undang) tentunya sudah ada dalam maklumat SPRM, dan kalau dia (Rafizi) ada lebih, kemukakan pada SPRM tidak perlu dicabar, seolah-olah kita tidak tahu.

“Dia sampaikan perkara ini macam nak hebahkan perkara baru tetapi tidak sedar perkara itu sudah lama,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penutupan Ekspo Johor Berkemajuan 2017, di sini, hari ini.

Shahrir berkata, pihaknya kini yang sedang tiga bulan bersama (membantu) memaklumkan siasatan sudah berada di peringkat soal siasat membabitkan beberapa individu termasuk peguam dan individu terbabit dalam pengurusan aset.

Terdahulu, Rafizi menerusi laman blognya mendakwa Syarikat FIC London Hotel (Private) Ltd yang dinyatakan dalam penyata kewangan Felda dan memegang aset berharga RM 330 juta itu tidak wujud.

Dia juga mendakwa sebanyak RM90 juta (15 Juta Pound Sterling) sudah diselewengkan, selain hak milik yang tidak didaftarkan kepada Felda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");