Sukan Hari Ini

Ranking Harimau Malaya Merosot Ke-170 Dunia

KUALA LUMPUR: Prestasi buruk di pentas antarabangsa menyaksikan kedudukan skuad Harimau Malaya dalam ranking dunia merosot empat anak tangga ke-170, lapor BH Online semalam.

Ranking terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu sudah dijangka berdasarkan keputusan skuad kendalian Nelo Vingada yang ketandusan kemenangan dalam lima perlawanan terakhir termasuk tewas 0-2 di tangan Hong Kong pada aksi kelayakan Piala Asia 2019, 10 Oktober lalu.

Kali terakhir Malaysia menang ketika menewaskan Kemboja 3-2 pada November tahun lalu di Piala AFF.

Kedudukan ranking ke-170 dunia itu dengan hanya mengumpul 110 mata adalah yang terburuk sejak Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Mac lalu dan menghampiri kedudukan terburuk skuad kebangsaan di ranking ke-174 yang diperoleh pada April dan Mei 2016.

Berdasarkan ranking itu, Malaysia berkongsi kedudukan bersama Kemboja, namun ketinggalan jauh berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara iaitu Filipina di ranking ke-116, Vietnam (121), Thailand (138), Myanmar (155), Laos (162) dan Indonesia (165).

Anak buah Vingada boleh memperbaiki kedudukan itu apabila dijadualkan bertemu Korea Utara dalam satu lagi aksi kelayakan Piala Asia 2019 di laman sendiri pada 14 November, dengan perlawanan di tempat lawan bertemu lawan yang sama masih belum ditentukan tarikh dan tempatnya selepas tertunda tiga kali.

Sementara itu, Jerman kekal di ranking teratas dunia dengan mengumpul 1,631 mata, diikuti Brazil di tangga kedua (1,619), Portugal (1,446), Argentina (1,445) dan Belgium (1,333).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");