Isu Panas

Sarajun Makin Biadab, Tahan Allah Tiada Tauliah Ceramah

SHAH ALAM – Aktivis propembangkang dan bekas Timbalan Pengerusi Bersih, Sarajun Hoda Abdul Hassan tampak makin biadab apabila tiada sebarang tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.

Situasi ini jauh berbeza dengan Ustaz Zamihan Mat Zain yang terus sahaja ditahan polis hanya kerana kritik Sultan Johor arah tutup sebuah kedai dobi mesra Muslim di Muar baru-baru ini di sebalik terima sokongan umat Islam.

Terbaharu, selepas berjaya menghasut netizen anti-Islam agar ditutup institusi mahkamah syariah dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sarajun Hoda tampil dengan cadangan paling kurang ajar awal minggu ini.

Pengasas Jemaah Al-Quran Malaysia bersama aktivis anti-Hadis, Kassim Ahmad itu dilaporkan mendakwa konon Allah dan Rasulullah SAW juga akan diberkas pihak Jabatan Agama Islam negeri sekiranya tiada tauliah ceramah.

Melalui laman Facebook, beliau menulis jika Allah sendiri atau Nabi Muhammad turun ke bumi untuk berkhutbah, mereka terlebih dahulu perlu memohon tauliah jabatan agama dan jika tidak ada, mereka juga akan ditahan.

Kesal dengan saranan biadab Sarajun Hoda itu, gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negeri Selangor pada Jumaat mendesak pihak berkuasa bertindak tegas terhadap kenyataan berbaur hina Islam oleh aktivis tersebut.

Wakil gabungan itu, Nazilah Idris berkata, kenyataan Sarajun Hoda bahawa Allah dan Nabi Muhammad SAW perlu mendapatkan tauliah terlebih dahulu sebelum dibenarkan menyampaikan khutbah di Selangor jelas biadab.

Tegasnya, selain hina Islam, kenyataan itu memperlekehkan Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku ketua agama Islam negeri dan sewajarnya tindakan segera diambil demi memastikan masyarakat tidak mendapat mesej salah.

“Ia melampau dan hina institusi Islam, siapa dia untuk kata demikian? Sepatutnya seorang Islam tidak keluarkan kenyataan seumpama itu,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.

Sehubungan itu, jelas Nazilah, polis perlu menggunakan segala aspek perundangan bagi mengambil tindakan segera terhadap Sarajun Hoda atau sesiapa sahaja yang jelas biadab menghina kesucian agama Islam dan institusi diraja.

“Tindakan tegas perlu diambil, jangan pihak berkuasa bersikap tunggu dan lihat kerana apa yang dikatakan itu boleh menyesatkan dan menghasut selain mengganggu gugat keamanan serta keharmonian negara,” terang beliau.

Turut sama hadir untuk membuat laporan polis tersebut ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor dan Pertubuhan 99 Kebajikan Insan Selangor (99 Kesan). – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");