Perak Hari Ini

SCFC Muncul Juara Liga Bola Sepak Dun Kubu Gajah

SELAMA:Navy Lumut FC Collect Ft (SCFC) muncul juara setelah berentap dengan 36 pasukan dalam Kejohanan Liga Bola Sepak 9 sebelah terbuka Larut Dun Kubu Gajah di Padang Bagan Baharu dan Padang Ijok, Dun Kubu Gajah yang berlangsung baru-baru ini.

Navy Lumut FC Collect Ft (SCFC) berjaya menewaskan Real Mesra FC dengan mata 3-2 pada perlawanan akhir sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr DiRaja Zambry Abdul Kadir dan medal.

Real Mesra FC yang terpaksa berpuas hati selaku naib johan turut membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Tempat ketiga pula disandang pasukan Charazz FC FC, keempat milik Chacha FC masing-masing menerima hadiah wang tunai RM1,000 yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Kubu Gajah, Hasbullah Elias.

Pengurus kejohanan merangkap Adun Kubu Gajah, Hasbullah Elias berkata, pemain telah mempamerkan kehebatan masing-masing serta semangat kesukanan yang tinggi.

Menurutnya, kejohanan itu dianjurkan bagi menyemai semangat perpaduan masyarakat setempat, selain dapat mengeratkan hubungan serta semangat setia kawan.

“Kekalahan bukan bererti satu kelemahan, pasukan yang bertanding sebaliknya mampu menjadi inspirasi dan pendorong bagi mengatur strategi untuk lebih berjaya pada masa hadapan,” katanya.

Menurutnya, tiada had usia bagi setiap pasukan antara syarat ditetapkan.

“Penyertaan turut disertai pasukan dari Penang, Kedah, Perak termasuk Larut,”katanya.

Kejayaan pasukan dalam perlawanan itu juga bakal melayakkan mereka merebut Piala Juara piala Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr DiRaja Zambry Abdul Kadir yang bakal membawa pulang medal serta wang tunai sebanyak RM 3,000.

Manakala naib juara Piala Datuk Zainol Fadzi pula membawa pulang Medal dan RM2,000 dan hadiah tempat ketiga Piala Datuk Shahrulzaman memenangi RM1,000 berserta medal.

Bagi hadiah Keempat Piala Adun Kubu Gajah Hasbullah pemain bakal membawa pulang wang tunai RM 1,00 dan hadiah kelima hingga ke lapan iaitu RM 500 serta medal dan RM150 bagi kategori pemain terbaik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");