Berita Hari Ini

Tambah Pengecualian Dalam GST

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mengkaji Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membabitkan pengecualian kepada barangan keperluan asas seperti elektrik dan air serta kemudahan sukan di dewan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii, berkata kerajaan juga diminta menambah barangan yang dikecualikan GST pada Bajet 2018 kerana ia akan dapat membantu rakyat terutama golongan isi rumah berpendapatan rendah.

Bajet 2018 dijangka dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Jumaat ini.

Razlan berkata, secara keseluruhan, Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan menyokong pelaksanaan GST sebagai sistem percukaian yang lebih komprehensif dan efisyen.

“GST juga boleh dikurangkan bagi sektor atau barangan tertentu antaranya Projek Perumahan Awam Kos Rendah serta tender kerajaan. 

“Kami mahu kerajaan memikirkan cara bagaimana untuk memberi impak yang kurang kepada rakyat supaya mereka tidak berasa terbeban dengan kenaikan harga barang,” katanya menurut laporan BH Online semalam. 

Katanya, pihaknya juga mencadangkan supaya kadar GST dikurangkan kepada lima peratus selain menambah barangan yang boleh diberikan pengecualian GST.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");