Jenayah

2 Lelaki, 1 Wanita Ditahan SPRM Di Selangor

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan masing-masing seorang bekas kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor dan pemilik syarikat pembekal cenderahati kerana dipercayai terbabit rasuah serta salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat itu pada tahun 2016.

Menurut laporan BH Online, suspek pertama yang berusia 38 tahun adalah bekas pembantu tadbir di pejabat berkenaan dan ditahan kira-kira kira jam 12.30 tengah hari di pejabatnya.

“Pemilik syarikat yang berusia 59 tahun itu pula ditahan kira-kira jam 3.30 petang,” katanya.

Turut ditahan adalah isteri kepada pemilik syarikat, yang berusia 52 tahun kerana dipercayai bersekongkol dengan kedua-dua suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Katanya semua suspek direman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.
“Suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah RM16,566 pada tahun 2016 daripada pemilik syarikat cenderahati sebagai balasan mengesyorkan syarikat pembekal cenderahati itu kepada Pejabat Menteri Besar Selangor.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");