Berita Hari Ini

Tourism Selangor Tutup Chalet Usang Serta-Merta

PETALING JAYA: Semua banglo atau chalet di sebuah resort dekat Hutan Rekreasi Sungai Congkak di Hulu Langat ditutup serta-merta selepas ia tular kerana didakwa usang dan tidak selamat untuk diduduki pengunjung.

Menerusi laporan mStar Online, Tourism Selangor yang menguruskan resort berkenaan dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ia mengambil serius aduan daripada orang awam berhubung chalet tersebut yang disifatkan sebagai buruk.

“Berdasarkan siasatan awal, Tourism Selangor kesal apabila mendapati chalet-chalet tersebut dalam keadaan tidak baik.

“Sehubungan itu, bagi menangani masalah tersebut, chalet-chalet ini ditutup serta-merta selama sebulan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan,” menurut kenyataan tersebut.

Difahamkan, terdapat kira-kira 14 chalet di resort tersebut dan kawasan itu turut meliputi hutan rekreasi dan sungai untuk kegunaan orang awam.

Menurut Tourism Selangor, kerja-kerja tersebut merupakan usaha untuk menaik taraf kesemua chalet bagi memastikan keselesaan para pengunjung.

Bagaimanapun ia menegaskan bahawa Hutan Rekreasi Sungai Chongkak yang melalui proses kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan baru-baru ini terus dibuka kepada orang ramai.

“Tourism Selangor secara peribadi memohon maaf kepada pihak yang membuat aduan dan akan memberikan ganti rugi di atas kesulitan yang dihadapi,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");