Isu Panas, Perak Hari Ini

Amanah Perak Persoal Perkembangan Fasa 1 Bandar Tasik Amanajaya

IPOH: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak, Asmuni Awi mempersoalkan perkembangan pembangunan Bandar Tasik Amanajaya (BTA) di Tronoh yang didakwa tidak berlaku sebarang proses pembinaan sehingga kini.

Menurutnya, bagi fasa pertama BTA membabitkan pembinaan 283 unit kediaman mampu milik yang meliputi kawasan seluas 480 ekar ini sepatutnya pada tahun 2016 dan bagi fasa kedua pula ia dijangka siap pada tahun ini.

“Selepas empat tahun daripada tarikh pelancarannya, kita tidak nampak sebarang proses pembangunan pun.

“Semalam saya dan beberapa wakil AMANAH telah pergi meninjau ke kawasan tersebut.

“Kami dapati tanah memang sudah diratakan dan sebahagian lombong sudah ditambus namun tapak yang dikatakan akan dibina rumah-rumah mampu milik ini, masih lagi berada dalam keadaan terbiar dengan hutan dan semak samun,” katanya.

Tambah Asmuni, galeri pameran ataupun pusat jualan perumahan juga tidak terdapat di kawasan berkenaan.

Beliau juga berkata, sebanyak 400 unit perumahan Aman Anggerik telah terjual kepada umum.

“Semasa lawatan itu, kami bertanyakan kepada pekerja di sana sama ada terdapat sebarang aktiviti pembangunan perumahan dijalankan dan dia berkata ia tidak berlaku.

“Sebaliknya, hanya lori pasir sahaja kerluar masuk.

“Saya ingin memohon penjelasan daripada Menteri Besar dan Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) selaku pemaju kepada isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Wisma Amanah, dekat sini, pada Rabu.

Projek BTA ini dilancarkan pada 9 Oktober 2014 oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pembangunan terancang di bawah Pelan Perak Amanjaya ini dibangunkan secara usaha sama MB Inc dan Ipoh City Development Sdn Bhd (ICDSB) iaitu anak syarikat milik penuh Putrajaya Perdana Berhad (PPB).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");