Berita Hari Ini

Tumpu Isu Dadah, Daripada Pesta Arak

KUALA LUMPUR:Isu penyalahgunaan dadah perlu diberi perhatian lebih oleh orang Islam berbanding bantahan terhadap festival arak yang dianjurkan bukan Islam, kata Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, jika orang bukan Islam yang tidak diharamkan minum alkohol hendak minum bir sampai pengsan, itu adalah masalah mereka.

“Yang penting mereka jangan timbul masalah kepada orang lain, atau memandu kereta ketika mabuk.

“Yang saya amat dukacita ialah penyalahgunaan dadah oleh anak orang Islam sehingga menyebabkan kematian 23 murid dan guru sekolah tahfiz apabila mereka membakar asrama sekolah,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, penagihan dadah berlaku disebabkan kurang kawalan anak oleh ibu bapa di zaman ini.

“Tanggungjawab menyemai sikap menolak dadah sepatutnya diletak di bahu guru agama dalam sekolah. Tetapi di sekolah, selain daripada mengajar ibadat tertentu untuk pahala, tidak ada tekanan yang cukup terhadap pengajaran budi pekerti Islam; terhadap dosa pahala, baik buruk, amalan hidup dalam Islam.

“Dengan itu anak mudah terjebak dengan yang tidak baik, termasuk penggunaan dadah. Jika kerana disemai dengan kawalan diri mencegah yang buruk dan mengamal yang baik (amal ma’aruf nahi mungkar) sebagai sebahagian daripada tuntutan agama Islam, kemungkinan perlakuan perkara-perkara dilarang akan berkurangan,” katanya.

Mengulas mengenai Oktober Fest, katanya, perayaan minum bir pada bulan Oktober adalah tradisi budaya orang Jerman.

“Jerman menerima satu juta pelarian Islam dari Syria. Apakah balasan pelarian ini kepada orang Jerman sebagai tuan rumah ialah dengan melarang mereka daripada minum bir dalam Oktober Fest mereka?

“Orang Melayu berkata jaga tepi kain sendiri. Tentukan kita jangan minum bir dan kita tak makan dadah. Itu lebih baik daripada pecah botol bir,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");