Perak Hari Ini

Van Bertembung Lori Ais, Sembilan Maut

TAPAH:Sembilan maut manakala seorang cedera parah apabila kenderaan mereka bertembung dalam sebuah kemalangan di Jalan Besar South Malaysia Trading (SMTD), Ayer Kuning, hari ini.

Memetik sumber Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak kejadian berlaku sekitar 6.40 pagi tadi.

Difahamkan kesemua sembilan mangsa terdiri daripada lapan perempuan dan seorang lelaki berusia sekitar 40 hingga 60 tahun maut di tempat kejadian.

Menurut sumber kemalangan melibatkan lori yang membawa muatan ais terbabas dan bertembung dengan sebuah van jenis Nissan Vannette.

“Di lokasi kejadian pihak penyelamat mendapati seorang lelaki berumur dalam lingkungan 22 tahun yang memandu lori berkenaan cedera parah akibat tersepit.

“Manakala pemandu dan penumpang dibahagian hadapan van turut tersepit dan seorang penumpang didapati telah tercampak keluar,” katanya.

Kata sumber kesemua sembilan penumpang van disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak perubatan dan mayat diserah kepada pihak polis untuk tindakan susulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");