Jenayah

Maut Dibelasah Kerana Cinta Tidak Direstui

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut dibelasah dipercayai kerana menjalinkan hubungan dengan wanita berlainan bangsa di sebuah rumah di Perumahan Awam Mergong,di sini, hari ini.

Mangsa,Thomas Ooi Choon Chai,33, dilaporkan tidak sedarkan diri selepas sepasukan anggota perubatan cuba merawatnya lebih kurang jam 11.53 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar,Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, sepasukan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa berada dalam keadaan terlentang atas kerusi di bahagian ruang tamu rumah.

“Mangsa ditemui dengan kesan lebam pada pipi kirinya.Malah,terdapat kesan calar pada bahagian dada dan hidung didapati berdarah.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah enam individu yang dikenalinya dipercayai kerana percintaan mereka tidak direstui keluarga,”katanya memetik laporan sebuah portal media tempatan.

Katanya,tiga individu termasuklah teman wanita mangsa kemudiannya menghubungi hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Menurutnya,siasatan mendapati mangsa dibelasah kerana menjalinkan percintaan dengan seorang wanita berlainan bangsa,bagaimanapun tidak direstui keluarga.

“Buat masa ini,kita telah memanggil beberapa saksi untuk diambil keterangan.Manakala,suspek yang membelasah mangsa telah dikenalpasti dan akan ditahan segera,”katanya.

Katanya,mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");