Membawang Hari Ini

Zara, Adib Langsung Perkahwinan 17 Nov Depan

PELAKON popular, Izara Aishah mengesahkan majlis perkahwinannya dengan tunang, Adib Khalid akan berlangsung menggunakan perbelanjaan sendiri.

Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu akan diadakan 17 November depan tanpa ditaja mana-mana pihak.

“Alhamdulillah, buat masa sekarang sudah 50 peratus persiapan sudah dilakukan. Saya berharap segala dirancang berjalan lancar sehingga majlis nanti.

“Saya bukannya menolak penajaan tetapi tidak ada sesiapa yang tahu saya bakal berkahwin pada tarikh ini.

“Lagipun, saya memang merancang nak mengeluarkan perbelanjaan sendiri. Ini kerana saya ada cita rasa sendiri,” katanya dipetik menerusi laporan sebuah portal tempatan.

Izara menjelaskan, majlis bakal berlangsung itu diadakan secara tertutup dan hanya membabitkan keluarga dan rakan terdekat.

“Oleh itu, saya terlebih dahulu memohon maaf kepada semua. Insya-ALLAH, majlis resepsi juga pada hari sama.

“Kedua-dua majlis diadakan di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan majlis resepsi sebelah lelaki. Bagi saya, ia lebih mudah untuk semua jemputan,” katanya.

Izara juga mengakui sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

“Memandangkan sekarang saya sibuk dengan perniagaan gincu dan lakonan. Disebabkan itu, belum timbul perasaan gementar.

“Dari segi status menjadi isteri, saya sudah lama bersedia. Jadi, doakan yang baik-baik dan semuanya dipermudahkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");