Berita Hari Ini

443,883 Calon Duduki SPM Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR: Sejumlah 443,883 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini hingga 4 Dis ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sebanyak 3,363 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan seramai 35,341 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.

Daripada 443,883 calon, sebanyak 87 peratus adalah calon dari sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan menurut satu portal tempatan.

Manakala calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (1.9 peratus), calon sekolah menengah agama negeri (1.9 peratus), calon sekolah menengah agama rakyat (0.4 peratus), calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM (3.4 peratus) dan calon persendirian (5.4 peratus).

Menurut kementerian itu lagi, jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");