Membawang Hari Ini

Aiman Tino Jual Baju Sekolah

KUALA KUBU BHARU: Penyanyi remaja, Aiman Tino, terus mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila muncul dengan produk baju seragam sekolah di bawah jenama Sweet Aiman Junior.

Sebelum ini, penyanyi berusia 19 tahun yang mula mencipta nama menerusi lagu Ku Rela Dibenci itu mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan, selain kurta serta haruman.

Menurut Aiman, beliau perlu kreatif dan berani meneroka pasaran baharu supaya dirinya menjadi usahawan lebih berdaya saing.

“Bidang keusahawanan sangat luas untuk diterokai dan mampu menjanjikan pulangan yang lumayan. Walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi, tetapi usahawan perlu inovatif dalam meminimumkan risiko dan meluaskan potensi produk.

“Aiman juga perlu meneroka bidang keusahawan baharu, kaedah pembungkusan produk, perkhidmatan terkini, strategi pemasaran dan pasaran berbeza termasuk menggunakan media sosial,” katanya kepada BH Online.

Terdahulu, majlis pelancaran pakaian seragam sekolah itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, di sini.

Produk Sweet Aiman Junior itu adalah hasil kerjasama strategik antara Sweet Aiman dan syarikat kosmetik, Wonder Glow Cosmetics Sdn Bhd (Wonder Glow).

Sempena pengenalan produk itu, Aiman yang kini popular dengan lagu Ku Hanya Sayang Padamu juga akan mengadakan jelajah promosi di lapan Mydin terpilih

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");