Sukan Hari Ini

MU Masih Tunggu Jawapan Ghaddar

MELAKA: Melaka United (MU) masih ternanti-nanti jawapan penyerang kelahiran Lubnan, Mohammed Ghaddar, sama ada mahu menerima tawaran mewakili skuad terbabit di Liga Malaysia 2018 atau sebaliknya.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya perlu membuat pengesahan lisan saja untuk memuktamadkan kedudukannya bersama skuad Hang Tuah musim depan.

Ini kerana, JDT secara dasarnya sudah bersetuju untuk memberi pelepasan kepada pemain terbabit walaupun masih memiliki kontrak bersama skuad Harimau Selatan berkenaan.

“Kami sudah mengadakan perbincangan bersama Ghaddar dengan jawapan sepatutnya diberikan kepada MUSA, Khamis lalu namun sehingga kini belum ada keputusan yang jelas.

“Jadi, kami masih memberi ruang untuknya memberi jawapan berkaitan kesediaannya untuk mewakili skuad Hang Tuah. Apapun, kami yakin MU bakal menerima keputusan positif,” katanya, menurut laporan BH Online.

Katanya, jawapan akhir dijangka diketahui lewat minggu depan, dengan sesi latihan pasukan kendalian Eduardo Almeida dijangka bermula awal Disember.

Jika menjadi kenyataan, skuad Hijau Putih bakal menjadikan penyerang berbahaya itu sebagai tunjang utama pasukan dan pada masa sama, mereka juga sedang mengintai pemain tengah dari Filipina dan Indonesia bagi mengisi kuota import dari Asia Tenggara.

Ketika ini, dua pemain terbabit berada dalam radar MU – berdasarkan rekod dan prestasi cemerlang ketika menyarung jersi pasukan negara masing-masing.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");