Jenayah

Budak Tadika Ditampar Guru Kerana Tidak Mahu Menulis

KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun cedera di telinga selepas dipercayai ditampar gurunya di sebuah tadika di Sungai Jelok, di sini, Selasa lalu, hanya kerana tidak mahu menulis.

Kejadian itu dimaklumkan guru besar tadika terbabit kepada bapa mangsa kira-kira jam 6 petang, Selasa lalu, ketika hendak mengambil anaknya pulang dari tadika.

Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan, guru besar itu memberitahu bapa mangsau bahawa seorang guru perempuan telah menampar muka kiri dan kanan sehingga mangsa mengalami pendarahan hingga mempunyai kesan lebam serta luka di pipi yang mana ia difahamkan berpunca akibat mangsa yang tidak mahu menulis.

Bapa mangsa berusia 26 tahun itu kemudian telah memeriksa keadaan fizikal anaknya dan dapati ada kesan merah di pipi dan telinga.

Susulan itu, bertindak atas maklumat, guru wanita berusia 18 tahun telah ditahan kira-kira jam 7.30 malam, semalam, di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Guru itu telah ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan dan Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Siasatan awal mendapati, kanak-kanak lelaki itu mula dihantar ke tadika berkenaan sejak tahun lalu, namun kini enggan ke pusat asuhan itu akibat trauma.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");