Perak Hari Ini

Bukti Pemimpin Buat Kerja: 52 Akur Janji PRU Telah Dipenuhi

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata 52 daripada 82 akur janji yang dikemukan pada Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu telah dipenuhi kepimpinan negeri.

Jelas beliau, sehingga kini terdapat 30 akur janji lagi sedang dilaksanakan menerusi pelbagai kaedah dan langkah yang bersesuaian.

“82 akur janji dalam Pilihanraya Umum ke-13 telah dan sedang dilaksanakan manakala 52 daripada jumlah itu telah disempurnakan dan 30 lagi sedang dilaksanakan serta dijangka siap tidak lama lagi,” katanya menjawab soalan lisan oleh ADUN Trong Datuk Dr Zabri Abd Wahid dalam sesi persidangan dewan undangan negeri hari ini.

Katanya lagi, pelbagai pendekatan digunakan antaranya seperti program turun padang pendekatan tiada tinggal dan terpinggir, 3P padang,perasaan, penyelesaian yang mana BN mengambil pendekatan mendengar, menyelami dan menyelesaikan masalah yang diutarakan di peringkat akar umbi yang bukan sahaja berkaitan akur janji tetapi juga berkaitan dengan permasalahan dihadapi rakyat.

“Gagasan Perak Amanjaya memberi tumpuan kepada sektor skor pencapaian pada 87.6 peratus akur jani telah disempurnakan terbaru pengumuman Pulau Pangkor sebagai Pulau bebas cukai

“Malah peruntukan dalam pembangunan semula pekan kecil, naik taraf USAS, memperbanyakkan pembinaan sekolah agama maahad tahfiz dan peruntukan kecemerlangan orang asli, laksanakan penanaman pokok hijau daripada jumlah asal sebanyak 1 juta hingga kini melebihi sasaran 4.7 juta,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, terdapat pelbagai program lain seperti mikro kredit, penganjuran antarabangsa terus berjalan menerusi akur janji yang dinyatakan.

“Sebuah jawatankuasa pemantauan telah dipengerusi Datuk Saarani Mohamad bagi memastikan janji berada di landasan dan dilaksanakan buat semakan dari semasa ke semasa supaya berjalan seperti dirancang,” katanya.

Katanya akur janji tersebut juga turut merangkumi pembinaan pekan kecil di setiap daerah di negeri ini bagi meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.

“Setakat ini sebanyak 12 pekan kecil yang dibina dan jumlahnya mengikut permintaan daripada semasa ke semasa perancangan pembinaan pekan kecil tetap akan diteruskan mengikut perancangan,” katanya.

Terdahulu, mungkin ada dikalangan rakyat yang terlupa atau buat-buat lupa dengan akur janji BN Perak pada PRU lalu.

BN Perak sebelum ini telah menjanjikan manifesto yang menggariskan lima teras utama merangkumi 82 janji untuk rakyat jika BN terus memimpin negeri berkenaan.

Lima teras itu ialah kerajaan yang inklusif dan menjamin keadilan untuk segenap rakyat; kerajaan yang stabil bagi menjamin keamanan; kakitangan awam yang efektif, berintefriti dan cekap; kerajaan yang mesra pelabur bagi tingkatkan pertumbuhan ekonomi serta kerajaan yang terbuka dan mesra rakyat.

Berikut Akur janji yang telah disempurnakan sebahagian telah melebihi sasaran yang dijanjikan antaranya adalah:

1) Kawasan Bebas cukai Pangkor yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dalam bajet 2018
2) Membina lebih banyak kawasan selamat pejalan kaki di bandar dan pekan bagi mengatasi jenayah ragut
3) Peruntukan tahunan RELA dan Rukun Tertangga untuk tujuan rondaan dan keselamatan
4)Peningkatan program-program pencegahan jenayah
5) Pembangunan semula pekan-pekan kecil sebagai pusat ekonomi selamat yang menggalakkan produk-produk kampung diketengahkan
6) Menaiktaraf Kolej Universiti Sultan Azlan Shah (KUISAS) kepada Universiti Amam Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)
7) Menaiktaraf paras pendapatan isi rumah kepada RM5,000 bagi melayakkan pemohon Pinjaman Pelajaran Anak Perak
8)Peruntukan Tahunan bagi membina dan memulih sekolah Agama Rakyat dan pembinaan Maahad Tahfiz
9)Tabung Peruntukan anak-anak kaum India
10)Program mikrokredit Amanjaya Belia Niaga untuk golongan belia menceburi bidang perniagaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");