Jenayah

Curi Barang Pasar Raya, Ibu Tunggal Dipenjara, Didenda

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM500 terhadap ibu tunggal atas tuduhan mencuri pelbagai barangan keperluan harian berjumlah hampir RM500, Sabtu lalu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Hamidah Basharuddin, 61, selepas tertuduh mengaku salah mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Menurut laporan BH Online, mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara 14 hari sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Wanita itu mengaku mencuri pelbagai barangan keperluan harian termasuk udang, ikan, sotong, kicap dan sos cili yang semuanya berjumlah RM493.56 di sebuah pasar raya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, pada jam 11.10 pagi, 11 November lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

Timbalan Pendakwa Raya K Vasugi memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");