Perak Hari Ini

Curi Kabel: Denda Maksimum Perlu Dikenakan

IPOH:Pihak berkuasa diminta mengenakan denda maksimum kepada pihak yang didapati terlibat dengan kegiatan mencuri kabel telekomunikasi di beberapa kawasan di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Kerajaan negeri sama sekali tidak boleh bertoleransi dengan pihak yang cuba mencuri prasarana khusus untuk kegunaan orang awam.

“Tindakan segera perlu diambil bagi mengatasi kes kecurian kabel eletrik dan telekomunikasi yang berlaku di beberapa kawasan termasuk Manjung yang turut menjadi tumpuan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya lagi, setakat ini pihak polis giat menjalankan pemantauan bagi memastikan kes kecurian tidak terus berleluasa.

“Kemudahan kabel ini adalah untuk kegunaan orang ramai dan bayangkan sikap tidak bertanggungjawab pihak tersebut pastinya akan menjejaskan hak orang ramai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");