Sukan Hari Ini

Gagal Ke Piala Dunia, Jurulatih Syria Letak Jawatan

DAMASCUS: Jurulatih Syria, Ayman al-Hakim meletak jawatan semalam selepas ketua persekutuan bola sepak negara itu mengkritik prestasinya berikutan kegagalan negara itu layak ke Piala Dunia sulung mereka.

Harapan Syria layak ke Piala Dunia 2018 berakhir pada aksi playoff zon Asia apabila mereka ditundukkan Australia selepas masa tambahan.

Persekutuan bola sepak Syria tidak menerima peletakan jawatan Al-Hakim serta-merta namun dijangka mengeluarkan kenyataan dalam beberapa hari akan datang, menurut seorang pegawai persekutuan.

“Selepas komen presiden persekutuan, Salah Ramadan baru-baru ini… saya menghantar surat peletakan jawatan kepada presiden jawatankuasa pasukan kebangsaan,” menurut Hakim, berdasarkan laporan oleh BH Online, daripada AFP.

“Saya bangga dengan perkembangan pasukan kebangsaan akhir-akhir ini di peringkat Arab dan antarabangsa,” jelasnya.

Al-Hakim turut menegaskan “keadaan sukar” yang dialami pasukan itu, merujuk kepada peperangan enam tahun yang melanda Syria.

Semalam, presiden persekutuan itu Ramadan berkata, beliau meminta Al-Hakim meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada persekutuan itu untuk menawarkan kontrak kepada jurulatih asing.

Al-Hakim berkata, beliau akan menunggu keputusan muktamad persekutuan itu, yang dijangka bermesyuarat minggu depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");