Jenayah

Guru, Pelajar Kolej Kantoi Dadah

KUALA LUMPUR: Guru dan pelajar kolej antara yang ‘kantoi’ terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sebuah rumah di Desa Pandan, dekat sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 2.30 petang berjaya menahan lima lelaki di ruang tamu serta dua bilik rumah tersebut.

Menurutnya, dalam serbuan ini, pihaknya telah merampas peralatan menghisap dadah dan dadah disyaki methamphetamine seberat 10.24 gram serta ganja seberat 2.36 gram yang dianggar bernilai RM800.

“Pemeriksaan mendapati dua daripada suspek merupakan pelajar kolej di Negeri Sembilan dan guru yang mengajar di Ampang.

“Ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek berusia 30 hingga 46 tahun positif dadah jenis methamphetamine,” katanya, menurut laporan Sinar Online.

Mohamad Roy berkata, semakan rekod telah dibuat dan mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah termasuk guru terbabit.

Tambahnya, soal siasat terhadap salah seorang suspek yang bekerja sebagai pemasang internet mengaku mendapatkan bekalan dadah tersebut daripada seorang lelaki tempatan di kawasan Jalan Kelang Lama, Brickfields sebelum mengedarkan kepada suspek yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");