Sukan Hari Ini

Perak Bison Mahu Juang Habis-Habisan

PERAK BISON turun dengan misi wajib menang menentang Johor Tigris dan Selangor Piston dalam perlawanan minggu ke 6 Liga Sepak Takraw (STL) di Stadium Tertutup Serdang Jaya (MPSJ), Selangor.

Menurut ketua jurulatih, Ismi Hissan Ismail, pasukannya tidak boleh tercicir mata ketika kejohanan hanya berbaki empat perlawanan sahaja lagi.

“Perak berkongsi kedudukan ke 4 bersama ATM Guardians dan Kelantan Warriors.

“Oleh itu, saya mahu pemain fokus. Kita tidak boleh mengharapkan keputusan perlawanan lain jika mahu mencipta kejutan dalam penyertaan sulung Liga Perdana STL. Inilah masanya,” ujar Ismi, menurut laporan Stadium Astro.

Di pusingan pertama, Perak Bison menjinakkan Johor Tigris 2-1 manakala tewas 0-2 kepada Selangor Piston.

“Johor pasukan lawan yang sukar manakala ketika bertemu Selangor, nasib tidak menyebelahi kami. Saya harap selepas rehat 2 minggu, Perak kembali fokus mencari kemenangan.”

Selain mencari kedudukan terbaik dalam liga, Perak Bison juga turut mengintai slot untuk beraksi dalam Piala Juara STL 2017 yang membabitkan tiga pasukan jemputan antarabangsa iaitu Korea, Thailand dan Indonesia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");