Berita Hari Ini

Harga Minyak Makin Naik Ke? Cuba Kaji Fakta Ini Dulu

MAKANISME penetapan harga runcit minyak secara mingguan diperkenalkan sejak 29 Mac lalu.

Melalui kaedah itu, kerajaan secara telus akan mengumumkan harga siling baharu bagi minyak petrol dan diesel pada setiap petang Rabu.

Langkah kerajaan yang dilaksanakan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertujuan memastikan harga bahan bakar itu terkawal dan tidak melebihi sepatutnya di pasaran.

Kini, diam tak diam sudah hampir lapan bulan kaedah itu dilaksanakan dan ia ternyata membuatkan senario ‘politik’ harga minyak di Malaysia menjadi kian berwarni-warni.

Di sebalik usaha murni kerajaan agar penetapan harga minyak dilakukan dengan telus dan bersandarkan realiti harga minyak dunia, tersebar pula mesej palsu di laman laman sosial yang mendakwa kononnya penetapan harga secara mingguan hanya membuatkan pengguna menerima kerugian.

Jom lihat mesej kandungan yang memaparkan ‘analisa kadar naik turun harga minyak’ itu di bawah yang kemungkinan besar dihasilkan tentera propaganda dan siber DAP.

Dalam mesej tersebut, ia mengatakan harga mingguan minyak sejak 13 Julai lalu hingga 2 November mengalami kenaikan sebanyak 13 kali dan hanya berlaku tiga kali kadar penurunan.

Kalau ambik benda separuh jalan memang nampak macam betul.

Kami tidak dapat memastikan pihak pembangkang dari puak mana yang cuba menabur fitnah namun persoalan yang bermain di fikiran adalah mengapa analisa ini hanya dilakukan ‘separuh jalan’?

Oleh itu, kami dengan sukacitanya menyediakan analisa penuh kadar mingguan yang telah diambil dari bulan pertama sehingga ke minggu ini, dan menyaksikan gambaran menyeluruh jumlah perubahan harga minyak dari minggu ke minggu.

Menerusi analisa serba lengkap ini, ia menunjukkan sebenarnya kadar harga minyak mengalami kenaikan mingguan hanya sebanyak 18 kali, iaitu berjumlah 68 sen.

Manakala jumlah kadar penurunan mingguan pula menunjukkan sebanyak 12 kali, iaitu sebanyak 74 sen dicatatkan.

Jika dicampur kedua-dua trend jumlah penurunan dan kenaikan ini, maka jumlah keseluruhan masih mencatatkan penurunan sebanyak 6 sen.

Jawapan kepada analisa lengkap ini sememangnya sangat berbeza dengan gambaran mesej palsu pihak pembangkang yang mengatakan kononnya kenaikan harga minyak telah mencecah sehingga 42 sen.

Semoga pencerahan ini sedikit sebanyak memberikan gambaran yang lebih baik mengapa KPDNKK mempraktikkan makanisme penetapan secara mingguan berbanding bulanan menggunakan kaedah pengapungan terkawal. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");