Laporan Eksklusif

Hari Kedua Misi Banjir KP1M: 363 Keluarga Terima Bantuan

SEBERANG PERAI: Konvoi Kelab Putera 1 Malaysia (KP1M), menerusi Misi Bantuan Banjir Pulau Pinang hari ini berkesempatan untuk menyalurkan bantuan kepada 363 keluarga mangsa di 15 buah pusat pemindahan.

Pengerusi KP1M, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut menyertai konvoi berkenaan bersama-sama 50 sukarelawan ke Daerah Seberang Perai Utara di mana ia melibatkan tiga kawasan Parlimen iaitu Kepala Batas, Tasik Gelugor, dan Bagan.

 

15 keluarga di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Sekolah Kebangsaan Sungai Dua menerima sumbangan berupa 25 set tilam, 50 set bantal dan 25 set selimut.

Selain itu, seramai 22 keluarga yang berada di Dewan Banjir Merbau Kudong menerima 30 set tilam, 60 set bantal berserta 30 set selimut.

 

Konvoi KP1M kemudiannya memilih Dewan Banjir Lubuk Meriam sebagai hentian seterusnya yang mana diserahkan 50 set tilam, 100 set bantal serta 50 set selimut kepada kira-kira 40 keluarga.

Acara penyerahan turut disempurnakan ADUN Sungai Dua, Mohammad Yusof Mohd Noor.

 

Dewan Banjir Sekolah Kebangsaan Pokok Sena pula menerima 48 set tilam, 96 set bantal, dan 48 set selimut manakala, Dewan Banjir Sekolah Agama Pokok Machang menrima 20 set tilam, 40 set bantal dan 20 set selimut.

Selain menyermpurnakan penyerahan sumbangan, Abdul Azeez turut berkesempatan beramah mesra dan bertanya khabar dengan mangsa-mangsa banjir di setiap penempatan-penempatan semenetara.

Dalam perkembangan sama, sekitar 500 sukarelawan KP1M yang terdiri daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) turut hadir bagi membantu menjayakan program mencuci rumah-rumah mangsa banjir.

Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Air Hitam Dalam, Kampung Nyior Sebatang, Kampung Sungai Kereh, dan Kampung Labuh Banting.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");