Perak Hari Ini

Insentif Khas RM2 Ribu Untuk Penjawat Awam Perak: ‘Terima Kasih MB’

IPOH: Menerusi pembentangan Bajet Negeri 2018 di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan pemberian bantuan kewangan khas sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Melalui tinjauan PerakToday, rata-rata orang ramai khususnya golongan kakitangan awam menyambut baik pengumuman tersebut.

Nurul Syafiqah Alia Ahmad Husni, 34, berkata dengan bantuan khas tersebut ianya sedikit sebanyak dapat meringankan beban kepada penjawat awam, khususnya yang sudah berumah tangga.

“Kita tahu dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu, untuk skim gaji itu ditambah mungkin susah namun, dengan adanya bantuan RM2,000 ini ianya dapat membantu kami yang hidup berkeluarga.

“Seperti saya, kini mempunyai dua cahaya mata, yang masing-masingnya akan bersekolah pada tahun hadapan.

“Bantuan itu sedikit-sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa seperti saya dalam menyiapkan barang kelengkapan persekolahan anak-anak yang sekarang ini harganya semakin mahal,” katanya.

Selain itu, Muhammad Nasrullah Azhar, 29, berkata bantuan tersebut juga dilihat bersifat menyeluruh yang mana selain daripada guru-guru I’dadi, Thanawi dan guru tadika Islam, guru sandaran tidak terlatih juga turut menerimanya.

“Kita tahu, kebanyakkan guru sandaran tidak terlatih ini datang daripda belia-belia lepasan universiti yang tidak mempunyai pengalaman bekerja, apatah lagi terlibat dalam dunia perguruan.

“Bantuan seperti ini juga secara tidak langsung dapat menyuntik semangat mereka untuk terus berkhidmat dalam sektor kerajaan khususnya pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Zuraini Mat Desa, 45, berkata bantuan kewangan ini juga dapat membantu meringankan beban kepada kakitangan awam yang tidak mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Bukan semua permohonan BR1M itu akan berjaya dan dengan adanya bantuan khas ini ianya dapat membantu pemohon (dalam kalangan penjawat awam) yang gagal dari segi sumber kewangan, untuk kehidupan seharian,” katanya.

Dalam pada itu, M.Joseph, 48, berkata inisiatif ini cukup membuktikan kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap nasib kakitangan awam di Perak.

“Sebagai penjawat awam yang telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun, saya rasa amat berterima-kasih kepada Menteri Besar dan merasakan segala usaha kami dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan negeri, terbela dan diberi perhatian,” ujarnya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");